WELCOME....WELCOME....HAPPY READING YA...

Friday, February 24, 2012

Berkemas ke KMC

 Semalam dah plan nak kemas baju untuk di bawa ke hospital.  Sengaja lambat kemas sebab tak nak rasa tension awal2.  Memandangkan kena warded petang ini,  so saya kemaslah semalam.  Lagipun encik suami pergi class sementara menunggu balik class saya pun packinglah barang saya dan barang baby dlm perut ni.  semua baju ni dah dibasuh....
List barangan baby:
1.  Baju 5-6 pasang 3 pasang baju tidur + 3 pasang romper...
2.  Mitten and botties +- 5-6 pasang jugaklah
3.  Cap
4.  Towel (tema kali ni adalah kereta )
5.  Blanket + face towel
6.  Barut
7.  Lampin
8.  Wet tissue
9.  Baby bath
10.  Lampin pakai buang (x ada dlm gambar dok kat bawah)
11.  Bantal

 Ini plak t-shirt ibunya + kain batik + ubat-ubatan + pakaian dalam + pad
 Semalam juga saya sempat basuh 2 helai baju baru yg dibeli di Pacific waktu keluar dengan encik suami semalam nak cari jakuzi kononnya...terus shopping kat pacific a few thing untuk lepaskan tension...comelkan romper ni..
 Tak lupa juga pump set sayer Madela Swing dah siap bungkus dalam beg City style Madela + avent manual yang dipinjamkan oleh kawan saya Hasmida..kot2 nak try manual dulu kat spital...Opss...tu kaki Waffry yang dah terbungkang zzzzzzz.....
Sebelum nak berangkat sebentar lagi, sempat saya pasangkan cadar tilam baby dan letak siap2 comforter dan juga bantal balance kat rumah, so bila balik rumah nanti letak jer baby kat atas baby court ni......

Gementar, takut, nervous, ragu2, seribu satu perasaan bermain2 di fikiran sejak semalam.  Enciks suami nampak happy jer nak dapat anak baru, sedangkan saye bertarung dengan perasaan yg macam2.  Sedih? ada juga sebab saya terpaksa tinggalkan anak2 kat rumah kakak ipar sebab diaorang sekolah.  Walaupun maid akan temani diaorang, tapi as mother kan, perasaan bersalah  dan sedih tu normal lah kan.  Saya sgt risau dan kasihankan Waffry sebenarnya.  Setiap pagi sayalah yg mandi, pakaikan dia baju dan kemaskan dia untuk pergi school.. tapi bermula ahad ni, maid yg akan buat, bukan dia tak biasa tapi kalau ngan maid tu dia mengada2 sikit...Si Danial siap pertikaikan lagi kenapa ibu nak bersalin kat KMC, bersalin jerlah kat spital Kulim tu... alahai soalan.....Bukan ibu tak mahu sayang, tapi ibu dah biasa ngan Dr Kamarulzaman tu.. Dia dah tahu history last C-sec macamana....Lagipun ibu pergi kat spital tak lama, paling lama kalau nak tidur rumah maktok pun seminggu jer.  Danial sentiasa ingat pesan ibu sepeninggalan ibu kat spital pesan ibu jgn dilupa iaitu :
1.  Jangan tinggal solat
2.  Jaga Waffry
3.  Buat kerja sekolah.

Ya Allah, semoga kau permudahkan urusanku untuk melahirkan anak dalam kandunganku ini.  Kepadamu tempat ku bermohon dan ku berlindung segalanya.  Sesungguhnya engkau mengetahui atas setiap sesuatu. Kau berilah aku kekuatan untuk melahir dan membesarkan zuriatku ini.  Sesungguhnya engkaulah tempat aku meminta dan memohon.  Amin....
Saat nak pergi hospital teringatkan mak kat kg.  Jutaan terima kasih kepada mak, ayah dan adik saya yang menjayakan majlis kenduri bacaan Yassin malam jumaat lepas untuk memohon doa selamat saya menjalani operation besok.  Saya tak dapat hadir majlis yg tu kat rumah mak sebab Danial sekolah petang, rushing la nak balik.  Lagipun saya dah tak larat dah.  Semoga doa kalian semua diberkati oleh Allah s.w.t.   Jangan lupa datang melawat saya kat KMC ahad petang. 

Wednesday, February 22, 2012

About Jaundis neonatal (bayi kuning)



Normally jaundis baby akan diletakkan di bawah lampu sambil matanya ditutup rapat agar tak meberi kesan kepada penglihatan...Kulit mereka akan terbakar dan kembali normal selepas itu. 

Entry kali ni sekadar nak memperingati diri sendiri  tentang jaundis sbb lagi 2 hari saya pun akan go through proses ini kan. 
Semua bayi akan mengalamai pemecahan sel darah selepas kelahiran.  Akibatnya serum bilirubin akan disingkirkan yang menyebaban anak jaundis/kuning.  As far as I'm concern…serum bilirubin ini akan disingkirkan oleh baby melalui proses pembuangan air besar dan kecil.  Dats why lagi banyak baby consume mother milk dia akan banyak membuang dan secara tak langsung serum bilirubin akan disingkirkan dan akhirnya jaundis akan berkurangan.  Biarpun baby asyik tidur during confinement, ibu perlu kejutkan baby untuk member susu sekerap mungkin biarpun baby tak tunjukkan yg mereka lapar. 
Satu tips yg saya baca utk boost milk production, waktu confinement kena kerapkan penyusuan baby, lagi kerap lagi bagus.  So…lagi banyak baby consume susu, lagi kerap dia akan berak dan cepatlah jaundis hilang…tapi don’t worry, jaundis akan hilang dalam masa 2 minggu bermula hari ke4 selepas baby dilahirkan.  Tapi jika baby masih lagi kuning, dan bacaan melebih 250, memang kena warded and if I’m not mistaken, kalau dah reach 300, memang kena tukar darah. 

Bayi beriskiko mendapat jaundis yang tinggi jika
1.        Ibu mempunyai kumpulan darah ‘o’.  Saya punya group darah adalah A+ and dat s why anak saya x ada jaundis yang kuat kot…
2.       Ibu darah Rh negative
3.       Berat lahir bayi di bawah 2.5kg.  Danial lahir 4kg, Waffry lahir 3.5 and Waffiy 3.0 and mungkin faktor anak saya boleh dikatakan berat juga menyebabkan mereka  tak ada jaundis yg tinggi.
4.       Bayi pramatang(lahir tidak cukup bulan)
5.       Sejarah anak sebelum yg mengalami jaundis yang teruk
6.       Ibu GDM (diabetes semasa mengandung)
Jagaan anak semasa jaundis
1.        Tingkatkan penyusuan ibu.
2.       Cuci talipusat bayi setiap hari untuk mengelakkan jangkitan kuman
3.       Letak anak ditempat yang cerah di dalam rumah dan jgn sesekai biarkan baby dalam keadaan yg gelap sbb ini akan menigkatkan bilirubin baby yg menyebabkan  jaundis is getting worse…
4.       Bawa bayi utk  ujian darah untuk kuning yang mana nurse akan advisekan kita untuk go through de process waktu dia datang visit ibu dan anak kat rumah
5.       Jika anak kurang menyusu, kurang aktif, kencing sedikit dan najis warna kelabu (warna tanah liat) segera bawa jumpa dr atau ke klinik@hospital yang berdekatan
6.       Tangguhkan mengambil jamu atau minum minuman berasaskan alcohol…always remember priority kan baby dulu then mother…biar anak sihat barulah nak makan jamu bagai….

Adakah jaundis merbahaya?Jika tidak dirawat, jundis yang teruk boleh mengakibatkan:
-kecacatan pada otak
-kelumpuhan
-kesukaran bertutur
-terencat akal
-terencat pertumbuhan
-hilang pendengaran
-sawan
-masalah pembelajaran
-masalah koordinasi pergerakan
-kematian
So, ambillah langkah berjaga2..jgn sesekali diambil mudah jaundis ni. Biarpun ianya normal berlaku pada setiap baby tapi tetapi jika tidak dirawat ianya akan memberi kesan untuk jangkamasa panjang. 

Yg penting susukan baby dengan susu ibu, jgn ditambah air, glukos, air buah, susu kambing atau apa2 element tambahan lain kerana ia tidak membantu pun.  Susu..susu...susu...susu...dan susuilah baby sekerap mungkin. 

Tuesday, February 21, 2012

besday boy punya hadiah taun ni....

Ini cerita kemarin sepatutnya...bilamana si Waffiy request recorder mcm abang Longnya punya sempena besday dia...lepas beli recorder yg hanya bernilai rm4.50, dekat Kedai buku Landmark, tetiba mereka berdua masuk kedai toys...memula ingat mereka berdua beranak ni saja nak cuci mata....
Tapi....si kecik ni dengan sokongan bapak dia terus try start motor jadian ni....
Dan lagi.....
Akhirnya dipandu keluar dari kedai toys dengan motor yang bertukar colour sebab motor biru tu pecah bonet belakang setalah payment dibuat oleh bapaknya....
Dia terus riding motor tu turun dengan bantuan lif sampai kat tempat parking kereta.....Actually beli colour merah ni sebab sama colur ngan kereta dia yg juga hadiah besday tahun lepas....Apa pun....My Waffiy sayang...Happy Birthday!! Ibu sayang sgt ex baby ibu ni...dah takleh panggil baby sebab ahad ni nak dapat adik baru kan....Kekadang abah yang tersasul panggil baby....Semoga usia 4 tahun ni adik akan bertambah matang sbb nak jadi abangkan!!










Monday, February 20, 2012

Cerita check-up KMC minggu lepas ngan Datuk Dr Kamaruzzaman....

Last check up dengan Dr Kamarulzama @ KMC, A.Setar, buat saya rasa nervous....bukan apa sbb saya dah inform Dr yang ini adalah last check-up sebelum deliver coz saya hanya akan datang for serah diri ajer next week, dan dia cakap OK..siap suruh sains untuk booking OT dan jangan tak tahu saya juga dah tandatangan untuk ikat peranakan....huh sunggun tragis kan...madul la lepas ni...
Tapi yang hairannya Dr asyik tanya samada saya ada rasa sakit2 mengeras...saya pun cakap yang saya sebenarnya tak tahu rasa sakit macammana...samada sakit2 atau lenguh atau sakit kat bawah tu normal atau tidak....yerla kan saya dah lama tak mengandung dan semua bersalin opeation...lupa dah sakit cemana..terus jer Dr tu cakap: Oklah biar mesin yang cakap, awak tak payah cakap (sambil menyuruh assistant dia bawa saya ke labour room untuk buat ujian CTG nak trace ada tak contraction....
Dalam bilik ujian CTG tu husband tak boleh masuk...so saya berseorangan la.  Ada jugalah 2-3 kali mesin tu menjerit sbb graf naik yang show ada contraction dan degupan jantung yang luar biasa sikit...tapi according to nurse yg bertugas, kalau graf yang naik tu tak static its OK...

Ujian CTG ni mesti buat at least 30 jam or 1 hour...so I have to wait alone la kat lam bilik ni.  But nurse tu siap pasang TV agar saya tak bosan dan dia akan monitor from outside and so the Dr akan monitor from biliknya.  Tapi saya akhirnya ...ZZZZZZZZZZZZZZ....
Sempat juga ambil gambar monitor yang papar result ujian CTG....
Suka sangat bila ada adanya article2 yang ditampal di dinding  dat show hospital ni dah sokong penyusuan ibu....
After 45 minits, nurse datang kejutkan saya yang dah kelaut mimpi macam2 yang saya boleh balik sebab Dr cakap tak ada contraction yang kuat dan itulah yg saya harapkan....Berdoa sangat agar takmaulah tetiba Dr suruh masuk ward mcm anak no 2 dulu..yang memula pergi chek-up, buat ujian CTG, trusss Dr suruh masuk wad malam tu juga, tapi saya siap merayu kat Dr nakbalik Kulim dulu nak ambik barang dan besok saya masuk wad yer....Sebab tu saya agak fobia juga dengan ujian CTG ni. 

Tapi tahu tak apa untungnya jadi lecture ni...saya dapat hamper walaupun tak deliver lagi. Saya mengajar 2 class jer semester ni, so thats why ladapat 2 hamper...kalau dapat mengajar 4 class seperti biasa mesti dapat 4 hamper yer..(eee perasan,,sapa nak bagi).  Thanks sesangat buat student yang kasi hamper ni...saya sgt menghargainya....

it's not time yet to say bye to our ex home sweet home....

Inilah tempat berteduh lebih daripada 4 tahun....

Lunch tadi ke pejabat Lawyer untuk encik Suami sain agreement dengan Jeff (buyer) rumah.  Before this x pernah pun rasa sedih nak left out from dat house coz tak sabar kot nak enter new house, tapi tetiba masa balik jemput si kecik nak ajak lunch selepas balik pejabat lawyer rase sedih dan sayu plak dok tengok rumah dari dlm keta.  walaupun rumah tak besar tapi cukup selesa untuk kami sekeluarga berteduh selama lebih 4 tahun iaitu seusia si kecik Waffiy....
So, according to agreement from today we only got 3 month untuk left out from this house....hopefully renovation done accordingly by time yang diperuntukan.  Nampak gaya cam dah 50% achieved renovation 4 time being laa....
Lembah Impiana, Kulim.....No rumah yg sgt cantik 105.  Rumah yg  cool...selesa....cantik tu subjektif...tapi saya rasa ok la....asalkan tak bersepah tu cantikla kan walaupun takdela hiasa ribu riban bagai....Mungkin kerana faktor space yang kurang untuk bermain menjadi kan alasan kenapa kami mencari rumah yang agak selesa untuk dihuni lebih 5 oleh ahli (termasuk maid jadi 6). 
Apa pun...kenangan di sini tetap bersemadi. Saya sgt sukakan rumah ini kerana faktor cool nya....sangat sejuk..dan privacy.  Yang lain tu biasa saja selain bersebelahan dengan Tesco, tak ada apa pun yg menarik kerana laluan hadapan rumah agak sibuk kerana menjadi laluan yang perlu berkongsi dengan taman sebelah...
Jiran?  Jiran saya ok walaupun berbangsa cina dan mereka sgt sukakan suami saya....ada sahaja nak dirujuk kepada suami saya hatta jiran semi D hadapan mahupun jiran sebelah rumah....Bagi mereka encik suami saya tempat nak rujuk sesuatu....dan mereka siap berpesan kalau nak buat majlis masuk rumah jemput mereka sekali...Insyaallah...
Semoga perpindahan nanti menjanjikan keselesaan yang lebih untuk keluarga saya yg semakin membesar...ahad ni tambah lagi sorang...Apapun saya sgt bersyukur atas rahmat, rezeki dan kurniaan Allah pada saya...Jgn tak tahu setiap anak saya yang dilahirkan Allah berikan rezeki yg lebih kepada kami. Bermula anak pertama suami dapat kerja gomen, anak kedua suami dapat naik pangkat, anak ketiga suami naik pangkat lagi dan anak keempat SAYA yg naik pangkat.. Alhamdulillah...syukur yang terhingga atas rahmatnya... sesungguhnya saya sgt bersyukur....

Monday, February 13, 2012

Happy birthday Darling....

Happy birthday my dear husband....

Itulah yg saya tulis atas greeting card sempena besday encik suami....
Walaupun pada malam besday dia, saya meroyan tahap degree dengan encik suami sbb balik lewat pastu x angkat phone, pastu tak ambik anak, pastu tak try call pun inform dia kat mana....MEMANG!!!

Tapi jauh di sudut hati sayer realized bukan hari2 dia wat perangai bodoh begitu, tapi dalam keadaan sayer yg nazak membuyong ni memang meluap2 juga rasa marah....

Dan pepagi tadi sewaktu sampai ofis, sayer dapat mesej appologizenya pada saya dan juga ucapkan thanks for the greeting....dan juga dia ajak lunch togeder2....

Kalau ikutkan rasa nak marah, memang malas nak layan, tapi bila diingatkan malas nak panjangkan rasa tak tentu arah ni, lagipun nak bersalin tak brapa hari lagi, tak eloklah dok ikut hati sangat...anyway...saya memang coooollll sekarang....mudah coooolll...dan seorang yang coooollll kot...

Dan jgn tak tahu encik suami juga mengaku yang dia sebenarnya dah tua....(la...baru nak sedar ke?...) dah 35 dah no...
Ayatnya: 
Suami :  "tadi abang sikat rambut baru perasan jumpa uban 5 helai...dah tua dah no...
Isteri   :   "la...memang la dah tua..x perasan ka? Tupun kurang perihatin lagi..(nak marah lagi kes semalam)
Suami :    Sudahlah...kan abang nak minta maaf....sempena umur 35 ni, kita open new chapter..(cam lawak jer dengaq)
Isteri   :   (ingt dalam hati...la.. ada chapter baru ka?)
Suami :  Lagipun kitakan nak masuk umah baru...mesti semua baru...perangai, sikap, kehidupan...
Isteri  :  (igt lam hati lagi....ada ke kena mengena rumah baru ngan perangai baru?  dia memang selalu cam gitu...suka kaitkan benda yang x ada ke relevenannya.

Sebenarnyaa...saya ada belikan dia hadiah....memula memang cam nak cancel jer bagi hadiah yg siap bebalut kat ofis (ada member yg gelak saya balut hadiah...saya memang pulun kan?)...Tapi alang2 bebalut, sebelum kuar rumah, letak atas meja study dengan greeting card dan tanpa ucap dan salam apa2 pagi semalam (memang derhaka kan hari semalam) saya keluar pergi kerja......tak sampai 1 jam kat ofis barulah dapat sms tadi....

What ever it is...deeply insight my heart I just want him to know that we have been 10 years in our relationship and the bridge is already strong between U and Me....U know Me and I know U...that thing cant change...Something I really wonder even knowing U more that 15 years it just like 5 years...How time flies....From de beginning I know that I met a right person in life....I try to keep my eye close on something but I do open wisely on something dat cannot be accepted....Time teach me lots....Tolerate, passion, love, cooperate, understanding and the most important thing is loyal is our conviction....
Supposedly no present at all...since our baby will meet us sooner....(huh cannot wait). I do intend to choose same date with your besday but I'm always insist to let the Dr choose (better kan).  So U akan dapat hadiah yg paling bermakna sempena besday U yg ke 35 ini....35 is a middle number that i  hate to reach.....scarry actually...
So darling....Happy Birthday....May Allah bless our family..full wit prosperity, full wit blessing and Insyaallah I'm alwayz pray that U will alwayz drive us accordingly....

Thursday, February 9, 2012

Madela Swing...moga ianya berbaloi....

Inilah madela Swing set sayer..sayer dah cuba kat breast sayer dan find out yg dia punya suction is very2 gentle..dia akan urutkan dulu untuk sitmulation...then massage..then barulah dia akan let down kan milk tu..sungguh convinience...


Ini plak storage bottle...tinggal nak beli plastik as additional untuk sotrage...semua beli online...senang jer bank in duit, lusa dapatla barang yg dipesan...

Petang jumaat begini kalau tak balik umah mak sayer, sebenarnya ada banyak benda yg boleh dibuat.  Dah lama sayer miss nak buat itu, buat ini tapi bila balik jer umah mak...mesti tergendala...tak balik rindu...balik ada jer kerja yg tak leh settle..
So..petang ni cadangnya nak cuci semua tudung yg berawning...sbb dah kotor dan rasa kekadang lama x basuh...
Tapi entry kali ni nak crita pasal Madela Swing yg dah sayer beli 3-4 bulan lepas...Mahal? memang kedengaran mahal..tapi sayer cuba sedapkan hati sayer yg ianya berbaloi....yerla sbb dah beli dah...dan sayer akan pastikan saya utilized kan ia sampai ke titisan akhir...Insyaaalllah....
One of article yg sayer bace sekiranya kita nak motivate diri kita untuk bfeeding our baby prepared the pump set first..so then U akan fikir oHH!! Beli mahal2 mesti kena guna. Since dis is my first time nak pump and nak buat EBM so! Sayer mesti motivate diri sayer dengan level yg paling maksimum. Cadangnya sayer nak bf sampai 2 tahun, kalau tak boleh 1 tahun dan kalau tak boleh juga MESTI at least 6 month...doakan sayer yer..
Saya dah google, cari info, masuk forum itu ini, banyak baca blog ibu yg berjaya bf anak secara eksklusif...dan sekarang blog yg wajib dibaca adalah Sarakids blog (farhan) dan Lunatots (suraya)..boleh dikatakan setiap hari saya akan baca article2 dan tulisan mereka mengenai bf. Sebenarnya nak bf anak perlukan ilmu not only kemampuan fizikal sahaja...tapi keupayaan mental perlu lebih mendominasi fizikal barulah boleh berjaya...konsep bfeeding adalah dimana anak akan consume susu from their mother and of coz a mother should prepared the meal (susu untuk disusukan) kepada anak dengan another way such consume only healthy food, healthy drink and jika boleh cari supplement yg boleh enriched the contains of the milk tu.  Konsepnya sama cam kita beli susu formula untuk ibu plak...duit kita yang disave kan tu sbb tak beli susu kenala laburkan untuk ibu plak kan...beli supplement, makan makanan berkhasiat dsbgnya.. Ohhh!!! Bolehkan sayer lakukan itu semua?  Insyaallah...doakan sayer untuk buat yg terbaik yer. 
Tapi sebenarnyakan menurut pemahaman sayer, kita tak perlukan agent utk booost kita punya milk production.  Milk production is depends on how frequent kita kosongkan breast kita...kerapkan kosongkan breast, banyaklah milk akan terhasil...so dats y pakar laktasi menggalakkan kita bangun sekerap mungkin dlm pantang utk pump at least every 3 hours...dis is becoz dia nak kita stimulate milk production...kejayaan dlm pantang akan menentukan next phase...bukan senang kedengarannya bukan?...What ever it is jika ada kemahuan pasti ada jalan...Allah akan permudahkan jalan itu...itu saya yakin...Sokongan penting untuk menjayakan bf ini..so amat mengharapkan sokongan daripada encik suami yg tercinta untuk menjayakan bf ini...tapi sidia cam sokong 60-40 jer...sbb katanya sayer tak pernah bf exclusively before this and dia pun tak tau nak sokong cemmana....tak aper...sokong dengan tengok dan beri kata2 semangat yer...cik abang..

Adam VS Hawa....



Baru2 ni ada terbaca dalam satu ruangan keibubapaan (parenting group session)  diamana di dalam satu seminar luahan hati kaum bapa terhadap isteri yang suka bershopping...Kaum hawa selalu dikatakan selalu membeli belah (shopping).  Tapi tak pernah terikirkah oleh kaum Adam itu yg kami beli tu harga kurang dari suku harga yang dibeli oeh kaum adam.
Kalau tak percaya cuba selidik dan kaji bebarang encik suami kita...bermula dari atas sampai ke bawah...semuanya boleh dikatakan mempunyai harga BOLEH TAHAN.  Sandal kita hanya belasan ringgit...sandal mereka? T-shirt kita paling mahal pun RM50, T shirt mereka?...Gadjet2 kita?  kekadang ada kekadang x pernah wujud pun...dan kita tak pernah kisah walaupun tak ada...tapi mereka...nak semua lengkap kan...hp nak canggih..tablet...pc...notebook...itu...ini...tapi kita selalu endahkan apa yang mereka nak beli dan miliki....
Lelaki ni kebanyakan punya satu sifat iaitu suka membeli...tapi kekadang tak guna pun....(kita pun ada tabiat tu...tapi kebanyakannya kita sgt cewi ok...bila beli x sabaq nak pakai...dan pakai sampai habis...) saya pun ada juga yg beli x pakai..tapi jarang berlaku. Cuma saya perasan sejak saya mengandung anak keempat ni saya suka nak membeli lebih daripada biasa..tu pun baru berlaku dlm hidup saya dan saya rasa bila dah x ngandung lagi takdalah sifat ini kan...
Tapi kan bila fikirkan encik Anuar sayer kan ada banyak list of thing yg dia beli tapi tak pakai.  Tidakkah ini satu pembaziran.  Kekadang nampak sgt obses nak jaga kesihatanla...beli supplement itu ini... tapi makan cuma 2-3 hari saja...selebihnya..ahh...nanti abang makanla...memang tak makanla jawabnya...
Saya bukanlah wanita feminin yg obses kepada nak jaga itu ini....perfume pun on of..ada kekadang tak dak...deodorant pun tak pernah ada stok....cuci muka sekarang pakai sabun yg beli kat Tesco jer...takdaklah toner ke cream bagai...lipstik beli ikut pemakaian..habis baru beli....takdaklah beli semua colour nak wat stock...facial x pernah jadi rutin dlm hidup...dan saya selalu katakan pada encik suami sayer yg untung dapat saye..yerlah sbb consumption rendah...tak macam orang lain yang high maintenance...Tapi itulah...dia kata bukannya dia tak bagi beli...tapi dah sayer yg tak mau beli..salah dia ke? memang tak salah pun..tapi dah x pakai....sayer bukanya jenis orang ada saya nak ada...oh tidak!!!tapi kengkadang tu x realistik gak...beli ikut keperluan, gaji pun tak brapa banyak kan...
Jadinya kan...orang lelaki zaman la ni pun lebih kurang cam perempuan juga, nafsu mereka bukan seks semata2 dah...kebendaan jugak...baru perasan sayer benda bi bila buka kabinet dok nampak supplement husband yg tak habis..buka fridge jumpa supplement yg tak minum, mintak belikan meal replacement x makan pun..., ubat itu, ubat ini...bila fikirkan balik sayer x ada apa2 supplement pun.  Waktu pregnant ni baru ada supplement tetap nak makan, tapi sebelum ni tak ada pun....encik husband lebih banyak supplement daripada sayer, tapi! TAKCONSUME PUN!!!!...Sabor jerlah...


Kekononnya nak hapuskan kolestrol....beli sampai 2 botol....satu botol ni x sampai suku pun dia consume....emmmmmm


Dia dah beli madu ni almost 6 month from his bestfriend....madu tualang sebotol RM60....nak kuat katanya...tapi can u see it!!!tak berganjak pun kuantitinya.....


Yg ni plak dia makan x sampai 4 malam......pastu hanyut........

Encik suami minum tak sampai 6 x......mahal gak monavie ni...

 Actually bila dikutip2 sebenarnya banyak lagi benda yg sayer rasa mereka ni jenis suka sgt beli...tapi kekadang tu tak praktikal langsung....sbb tak pakai sgt....itu belum sayer reveal beg2 camere, gadjet2 yang memenuhi kabinet komponen2 elektrik dan perkakasan komputer yg menyemak kat umah sayer ni....alahai...memang tabiat la sesetengah lelaki camgini...atau memang terbalik sepatutnya sayer yang cenggini, dah sayer tidak camgitu, dier cam gini...perhaps!!!!!

TAPI SAYER PLAK....

 Inilah supplement sayer yang tak akan sayer tinggalkan during my pregnancy...kalau termiss satu hari mesti rasa bersalah..Oh! baby tak dapat khasiat yg secukupnya hari ini....so far, my gynae said that my condition is ok and U know dat i'm gaining too much weight during pregnancy kali ni. Maybe sbb tempoh alahan (morning sickness) sayer pendek sikit dan before pregnant pun berat sayer terlebih sikit....
Bab membeli ni kekadang sayer ni kategori tak lah terlalu ikut perasaan....ikut keperluan....lagi satu x dan nak fikir nak beli apa kot...so apa2 pun boleh....tuhan bagi kita adil kan...kalau sorang cenggitu..sorang lagi camgini...kalau kedua2 sama sifat dan habit...jawabnya MATI!!!!!!!!!!!
 
Salindah ni makan sebab tradisi, sebenarnya kebaikan dia tak 100 % proven ok....Dah anak first dah consume and i think i need to consume it for every pregnancy...barulah fair and square....   






.

About riding

Cik Abang yang mempunyai macam2 minat ....riding, fishing, DSLR. networking, building....


Saya memang tak pernah nak halang husband untuk buat apa yg dia suker...tapi dalam pada itu bimbang tetap ada.  Apatah lagi asyik riding menghala ke negara jiran, Thailand.  Dalam pada benarkan, hati dok dup dap gak membayangkan apa yang dia buat kat sana walaupun dia dah berkali2 inform yg dia kesana just nak riding dgn kengkawan dia and  not more than that. 
Namun kunjungan husband kali kedua ke Thailand for riding ni yang first tu ke Krabi dgn best friend dia Rizal dan second ni ke Phuket pun dengan kengkawan baik dia gak....
Yg bestnya bila blk kg hari tu mak sayer ada gak tanya Danial; Abah abang Long pergi mana? Jawab Danial: Konvoi ke Thailand.  Jawab mak : abah abang long ni asyik pi Thailand jer....Hah!!! statment tu menakuktkan jer...
Tapi takpe mak....saya tahu suami saye (cakap dalam hati la) walaupun bila balik dari rumah mak sesampai jer kat rumah, hati cam tak kerauan gak...Anyway bila dia dah balik from dia punya story  si dia sgtlah enjoy dengan riding dia..walaupun naik motor biasa2 jer....
Sayer sebenarnya try nak appreciate apa yang dia suka dan dia punya hobby, tapi dalam pada itu, kenapa saya tak pernah ada sesuatu yg boleh saya buat untuk diri saya  sendiri untuk enjoy macam dia?..adilkah itu? I mean adil kah untuk diri saya le...untuk biarkan dia buat apa saja yang dia suka sedangkan saya tak ada sesuatu yg saya nak buat selain kalau dia pergi mana2 saya balik rumah mak kemudian tidur, makan, gurau ngan anak dan anak sedara, sembang ngan jiran....huh bosannya hidup kalau setiap minggu cam gini....
Tapi takper...dalam dua minggu lagi rutin hidup saya akan totally berubah...coz our new member in family will show off sooner...and of coz rutin saya akan menjadi bertambah sibuk.....husband? mungkin....mungkin sibuk@ buat2 sibuk untuk sementara waktu...tapi endingnya dia akan tetap buat apa yang dia nak lepas keadaan dah coool kan....
What ever it is...saya bukannya membebel sbb saya x puas hati kat dia  No! No! No!.....sayer just nak luahkan isi hati sayer yg kecil jer...saya tetap sokong apa yg dia nak buat tapi saya akan pastikan juga dia akan sokong apa yg saya nak buat selepas ini....fair la kan?.....give and take....

I know him...dia sgt suppportive sbnrnya...dan dia pernah tanyakan sayer yg sayer ni x ada sesuatu hobby yang menarik ka untuk dibuat dan dijadikan rutin....amboi2...sayer ni sibuk uruskan anak2...walaupun ada maid...saya yg monitor kerja sekolah anak, keperluan anak2..dsbgnya....and lepas ni saya nak juga ada something yg boleh saya jadikan hobby untuk dibuat or at least something yg rutin untuk dilakukan agar hidup ni jadi lebih menarik...spt attend dancing class yg tertinggal ke...jahit manik ke..join gym ke....or ape2 la...bukannya apa nak reward ourself wit something yg boleh menyeronokkkan kita.....
Last but not least...sayer sebenarnya tak sabaq nak deliver our fourth baby ni....nak tengok muka dia cam sape? sepet tu ofcoz la kot...tapi yg penting lepas ni....sayer dah tak payah fikir pasal nak pregnant or deliver a baby sbb it over....dan yg penting sayer nak jaga diri...nak lebih sihat..cantik..langsing....menarik...tertarik..he he he....
 and a few pictas untuk tatapan from Phuket...
Pantai phuket view from upstairs.....huh so nice kan....tingin nak p....


with his best friend....PTK pun ambil sekali....fail pun sekali kan...? jgn mare.....

Katanya pantai yg sejauh 10 km dipenuhi dugong putih.....walaupun panas sgt terik...