Happy birthday sayang.. terasa seperti baru semalam ibu lahirkan Danial. Masih berbekas rasa perit menahan sakit pembedahan sewaktu ibu lahirkan kamu walaupun waktu itu tak terkira rasa gembira menyambut orang baru dalam hidup ibu...semua orang begitu teruja dengan kamu...bayi gebu sebesar 4 kg begitu mengagumkan. Masih juga ibu ingat bagaimana cuaknya sewaktu kamu kelihatan mencebik muka dengan penuh rasa tak sedap ketika tertelan klorok (peluntur baju) dibilik membasuh di kuaters seketika dulu dan kita berkejaran ke Klinik berdekatan dan kemudiannya ke Hospital...Juga tak mungkin ibu lupakan di seketikan waktu dahulu bagaiman pilunya hati ibu melihat anak ibu ditolak ke bilik pembedahan sewaktu nak remove your adenoid yg lama berserang sehinggakan kamu kurus kering, dan begitu juga tersirat darah ibu ketika melihat anak ibu mengerang kesakitan patah tangan baru2 ini akibat jatuh basikal lalu kita sekali lagi berkejaran ke 2 buah hospital semata2 mencari solution yg terbaik untuk kamu. Begitu mencabarnya melihat perjalanan hidup kamu untuk membesar dan selama itulah ibu katakan pada diri ibu yang pasti ada yg lebih mencabar selepas ini yg menuntut ibu untuk lebih bersedia....Ibu sayang sangat sama kamu...tiada galang gantinya..kamulah penawar ibu sewaktu abah tinggalkan kita selama 6 bulan (berkursus) satu ketika dahulu dan kamulah insan yang setia dan kuat menemani ibu biarpun waktu itu kamu hanya berusia 1 tahun setengah. Semua itu adalah antara yg manis dlm hidup ibu bersama kamu biarpun peristiwa itu pahit untuk ditelan sebenarnya....Apapun... seandai Danial terbaca coretan ini, selain untuk ibu ucapkan ' Happy 8th Birthday', ibu ingin sekali kamu tahu bahawa 8 tahun itu adalah momen terindah dalam hidup ibu bersama kamu...Ibu bangga lahirkan kamu sehingga tarikh ini dan waktu ini...semoga kamu akan menjadi anak yang baik yang bukan sahaja akan menjadi pembela ibu dan abah, tetapi menjadi peneraju utama adik2mu...Semoga sifat2 yang baik itu adalah milikmu dan sifat2 yang terkeji itu menjadi sempadanmu....Ibu sayang kamu....
Sekali lagi 'Happy Birthday Sayangku Danial'.
No comments:
Post a Comment