Siapa Faris? Faris bukanlah anak saya mahupun anak sedara saya, tapi dia adalah anak kepada kawan baik saye iaitu Ayu, yang saye asyik fikir tak henti2 sejak dua menjak ni, especially bila malam.
Faris yang menjalani pembedahan jantung di IJN 2 bulan yg lepas terpaksa dimasukkan ke hospital besar P.Pinang kerana ada sedikit komplikasi. Perit, sakit, jerih dapat saya rasakan bila pergi melawat Faris dan sudah tentu dapat saya rasakan naluri keibuan Ayu yang terpaksa bertarung emosi melihat anaknya dalam keadaan begitu. Ayu..walaupun aku tak mungkin mempu rasa sepenuhnya apa yang hang rasa, tapi jauh di sudut sedikit sebanyak ianya turut menganggu emosi aku setiap kali terkenangkan Faris.
Tak pernah ku sangka Ayu yg ku kenal dulu sgt kuat semangatnya dan begitulah yang diwarisi Faris yang sgt kuat menentang segala kesakitan yg mendatang.
Ya Allah...sejahterakanlah baby Faris, kau kuatkanlah semangatnya, kau sihatkanlah tubuh badannya, kau permudahkanlah urusan untuk menyembuhnya, kau jadikanlah insan yang menyayanginya kekuatan untuk menghadapi dugaanmu ini dan sesungguhnya hanya engkau lah tempat kami mengadu....
thanks zana...sedih sgt..thanks sebab caring pasal aku dan faris....kalu tak jadi cam nih aku pon tak tau yang aku boleh kuat...tapi aku kuat sebab faris kuat...tahnks...teruskan berdoa untuk faris...
ReplyDeletebaby faris cepatla sembuh...baby faris kne kuat k...
ReplyDeleteisnyallah faris sekuat ibu nya dan doa2 orang sekeliling yang akan kuatkan lagi faris....
ReplyDelete