WELCOME....WELCOME....HAPPY READING YA...

Friday, March 2, 2012

Indahnya punyai baby lagi in the house.....

Walaupun punya baby boy untuk yang ke 4, tidak sedikit pun saya rasa sedih sbb ciptaan tuhan untuk saya terlalu indah. Saya akur dengan ketentuan tuhan yang bersebab.  Apapun saya punya kehidupan yang hebat bersama anak2 lelaki saya.  Kelahiran ini adalah kelahiran yang terakhir.  Kenape?  sebab saya dah sains BTL.  Dr dan saya dah berbincang untuk mengikat saluran peranakan lagipun umur dah nak menginjak ke 35....Dah exeed the maximum no untuk lalui proses mengandung dan melahirkan.

Setiap kali tengok wajah baby terakhir saya ni dlm handphone suami, saya sgt kagum ciptaan tuhan.

Saya dikurniakan anak lagi...tak sangka akan ada baby lagi dalam rumah kami yang akan kami dengar dia menangis, merengek, bergelak ketawa, boleh dicium2, disayang2, dipeluk2...syokkan..
Encik suami sgt kelihatan jakun, pantang masa terluang dia akan ke nursery melawat baby comel ni,
Gambar ni diambil hari ke 6....pagi2 ibu dah ambil gambar sikecik ni...
Aduh!!!!!sungguh suci kan anak ini, dan kami akan tentukan colour hidup dia....merah, jingga, hitam, kelabu, merah atau apapun...ibu dan bapa yang mencorakkan mereka...semoga yang indah dan putih tercipta untuk hidupmu nak.......
Momen2 melahirkan hanya dapat dikongsi dengan abang Waffiy sahaja sebab abang Long dan abang Ngah kena sekolah.....Nampak macam abang Cik..abang cik (panggilan baru) sgt sayangkan adiknya...
Anak keempat saye yang akan mewarnai keluarga kecil kami....berbaloikan untuk melahirkan anak seindah ini...Alhamdulillah saya sgt bersyukur atas pemberianmu ya Allah..









Bermacam2 ragam, wajah, memekmuka diusia hari ini dapat dilihat pada baby...baby seusia 5-6 hari sungguh suci, sungguh mendamaikan, sungguh akan dirindui dan sungguh mulus....Semoga hidup anak ini tercipta yang indah2 sahaja oleh sang pencipta.  Jgn lupa anak..setiap yang tidak indah akan jadi indah kalau kita tahu menanganinya. Ibu amat berbangga melahirkan kamu sayang.  Ibu tak akan sekali2 persiaka waktu dengan kamu dan abang2mu.. sesungguhnya kalianlah yang akan mewarnai hidup ibu dan abah dan ibu pasti warnanya hanya cantik2.
Ya Allah, Alhamdulillah...kerna kau berikan aku peluang lagi punyai anak sekecil ini sekali lagi.  Kau pencipta dan kau menentukan segalalanya.  Arrahmanirrahim....Malikiyaumiddin...Iyyakanakbu..waiiya kanastaiiimmm....(Pengasih dan penyayang...yang mengetahui apa yang ada dilangit dan dibumi.....Kepadamu kami meminta dan kepadamu kami memohon sesuatu)...
Saya amat bermohon kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk membesarkan kesemua zuriat saya ini.  Pastinya bermacam dugaan menanti di hadapan, namun saya tahu kalau saya hilang arah dan punca dan kalaupun saya diduga hebat suatu hari nanti(minta simpang) saya  tahu Allah bersama2 saya.  Insyaallah. itu pastikan!!!

No comments:

Post a Comment