WELCOME....WELCOME....HAPPY READING YA...

Wednesday, February 22, 2012

About Jaundis neonatal (bayi kuning)



Normally jaundis baby akan diletakkan di bawah lampu sambil matanya ditutup rapat agar tak meberi kesan kepada penglihatan...Kulit mereka akan terbakar dan kembali normal selepas itu. 

Entry kali ni sekadar nak memperingati diri sendiri  tentang jaundis sbb lagi 2 hari saya pun akan go through proses ini kan. 
Semua bayi akan mengalamai pemecahan sel darah selepas kelahiran.  Akibatnya serum bilirubin akan disingkirkan yang menyebaban anak jaundis/kuning.  As far as I'm concern…serum bilirubin ini akan disingkirkan oleh baby melalui proses pembuangan air besar dan kecil.  Dats why lagi banyak baby consume mother milk dia akan banyak membuang dan secara tak langsung serum bilirubin akan disingkirkan dan akhirnya jaundis akan berkurangan.  Biarpun baby asyik tidur during confinement, ibu perlu kejutkan baby untuk member susu sekerap mungkin biarpun baby tak tunjukkan yg mereka lapar. 
Satu tips yg saya baca utk boost milk production, waktu confinement kena kerapkan penyusuan baby, lagi kerap lagi bagus.  So…lagi banyak baby consume susu, lagi kerap dia akan berak dan cepatlah jaundis hilang…tapi don’t worry, jaundis akan hilang dalam masa 2 minggu bermula hari ke4 selepas baby dilahirkan.  Tapi jika baby masih lagi kuning, dan bacaan melebih 250, memang kena warded and if I’m not mistaken, kalau dah reach 300, memang kena tukar darah. 

Bayi beriskiko mendapat jaundis yang tinggi jika
1.        Ibu mempunyai kumpulan darah ‘o’.  Saya punya group darah adalah A+ and dat s why anak saya x ada jaundis yang kuat kot…
2.       Ibu darah Rh negative
3.       Berat lahir bayi di bawah 2.5kg.  Danial lahir 4kg, Waffry lahir 3.5 and Waffiy 3.0 and mungkin faktor anak saya boleh dikatakan berat juga menyebabkan mereka  tak ada jaundis yg tinggi.
4.       Bayi pramatang(lahir tidak cukup bulan)
5.       Sejarah anak sebelum yg mengalami jaundis yang teruk
6.       Ibu GDM (diabetes semasa mengandung)
Jagaan anak semasa jaundis
1.        Tingkatkan penyusuan ibu.
2.       Cuci talipusat bayi setiap hari untuk mengelakkan jangkitan kuman
3.       Letak anak ditempat yang cerah di dalam rumah dan jgn sesekai biarkan baby dalam keadaan yg gelap sbb ini akan menigkatkan bilirubin baby yg menyebabkan  jaundis is getting worse…
4.       Bawa bayi utk  ujian darah untuk kuning yang mana nurse akan advisekan kita untuk go through de process waktu dia datang visit ibu dan anak kat rumah
5.       Jika anak kurang menyusu, kurang aktif, kencing sedikit dan najis warna kelabu (warna tanah liat) segera bawa jumpa dr atau ke klinik@hospital yang berdekatan
6.       Tangguhkan mengambil jamu atau minum minuman berasaskan alcohol…always remember priority kan baby dulu then mother…biar anak sihat barulah nak makan jamu bagai….

Adakah jaundis merbahaya?Jika tidak dirawat, jundis yang teruk boleh mengakibatkan:
-kecacatan pada otak
-kelumpuhan
-kesukaran bertutur
-terencat akal
-terencat pertumbuhan
-hilang pendengaran
-sawan
-masalah pembelajaran
-masalah koordinasi pergerakan
-kematian
So, ambillah langkah berjaga2..jgn sesekali diambil mudah jaundis ni. Biarpun ianya normal berlaku pada setiap baby tapi tetapi jika tidak dirawat ianya akan memberi kesan untuk jangkamasa panjang. 

Yg penting susukan baby dengan susu ibu, jgn ditambah air, glukos, air buah, susu kambing atau apa2 element tambahan lain kerana ia tidak membantu pun.  Susu..susu...susu...susu...dan susuilah baby sekerap mungkin. 

No comments:

Post a Comment