WELCOME....WELCOME....HAPPY READING YA...

Friday, February 24, 2012

Berkemas ke KMC

 Semalam dah plan nak kemas baju untuk di bawa ke hospital.  Sengaja lambat kemas sebab tak nak rasa tension awal2.  Memandangkan kena warded petang ini,  so saya kemaslah semalam.  Lagipun encik suami pergi class sementara menunggu balik class saya pun packinglah barang saya dan barang baby dlm perut ni.  semua baju ni dah dibasuh....
List barangan baby:
1.  Baju 5-6 pasang 3 pasang baju tidur + 3 pasang romper...
2.  Mitten and botties +- 5-6 pasang jugaklah
3.  Cap
4.  Towel (tema kali ni adalah kereta )
5.  Blanket + face towel
6.  Barut
7.  Lampin
8.  Wet tissue
9.  Baby bath
10.  Lampin pakai buang (x ada dlm gambar dok kat bawah)
11.  Bantal

 Ini plak t-shirt ibunya + kain batik + ubat-ubatan + pakaian dalam + pad
 Semalam juga saya sempat basuh 2 helai baju baru yg dibeli di Pacific waktu keluar dengan encik suami semalam nak cari jakuzi kononnya...terus shopping kat pacific a few thing untuk lepaskan tension...comelkan romper ni..
 Tak lupa juga pump set sayer Madela Swing dah siap bungkus dalam beg City style Madela + avent manual yang dipinjamkan oleh kawan saya Hasmida..kot2 nak try manual dulu kat spital...Opss...tu kaki Waffry yang dah terbungkang zzzzzzz.....
Sebelum nak berangkat sebentar lagi, sempat saya pasangkan cadar tilam baby dan letak siap2 comforter dan juga bantal balance kat rumah, so bila balik rumah nanti letak jer baby kat atas baby court ni......

Gementar, takut, nervous, ragu2, seribu satu perasaan bermain2 di fikiran sejak semalam.  Enciks suami nampak happy jer nak dapat anak baru, sedangkan saye bertarung dengan perasaan yg macam2.  Sedih? ada juga sebab saya terpaksa tinggalkan anak2 kat rumah kakak ipar sebab diaorang sekolah.  Walaupun maid akan temani diaorang, tapi as mother kan, perasaan bersalah  dan sedih tu normal lah kan.  Saya sgt risau dan kasihankan Waffry sebenarnya.  Setiap pagi sayalah yg mandi, pakaikan dia baju dan kemaskan dia untuk pergi school.. tapi bermula ahad ni, maid yg akan buat, bukan dia tak biasa tapi kalau ngan maid tu dia mengada2 sikit...Si Danial siap pertikaikan lagi kenapa ibu nak bersalin kat KMC, bersalin jerlah kat spital Kulim tu... alahai soalan.....Bukan ibu tak mahu sayang, tapi ibu dah biasa ngan Dr Kamarulzaman tu.. Dia dah tahu history last C-sec macamana....Lagipun ibu pergi kat spital tak lama, paling lama kalau nak tidur rumah maktok pun seminggu jer.  Danial sentiasa ingat pesan ibu sepeninggalan ibu kat spital pesan ibu jgn dilupa iaitu :
1.  Jangan tinggal solat
2.  Jaga Waffry
3.  Buat kerja sekolah.

Ya Allah, semoga kau permudahkan urusanku untuk melahirkan anak dalam kandunganku ini.  Kepadamu tempat ku bermohon dan ku berlindung segalanya.  Sesungguhnya engkau mengetahui atas setiap sesuatu. Kau berilah aku kekuatan untuk melahir dan membesarkan zuriatku ini.  Sesungguhnya engkaulah tempat aku meminta dan memohon.  Amin....
Saat nak pergi hospital teringatkan mak kat kg.  Jutaan terima kasih kepada mak, ayah dan adik saya yang menjayakan majlis kenduri bacaan Yassin malam jumaat lepas untuk memohon doa selamat saya menjalani operation besok.  Saya tak dapat hadir majlis yg tu kat rumah mak sebab Danial sekolah petang, rushing la nak balik.  Lagipun saya dah tak larat dah.  Semoga doa kalian semua diberkati oleh Allah s.w.t.   Jangan lupa datang melawat saya kat KMC ahad petang. 

No comments:

Post a Comment