WELCOME....WELCOME....HAPPY READING YA...

Wednesday, November 14, 2012

Awal Muhararram. Satu titik permulaan kembali.

Assalamualaikum...

Masih ingatkan lagi dengan bait2 lirik ini...

Awal Muharam detik permulaan...
Perkiraan tahun islam Hijrah...
Perpindahan Nabi dan umat islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Asas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban hasrat dan nyawa
Demi menegakkan islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan


Selamat menyambut Awal Muharram...tahun baru hijrah.
Pada tahun 622 Masihi, Nabi Muhammad berpindah dari Kota Mekah ke Kota Madinah untuk berhijrah demi mengembangkan lagi syiar Islam seperti yang di perintahkan oleh Allah.  Menempuh segala macam dugaan untuk berpindah dari Kota Mekah pada waktu malam kerna apa? Kerana demi nak menegakkan syiar Islam dan pengikutnya yang terlalu di zalimi oleh pihak Kafir kaum Quiraisy di Kota Mekah pada waktu itu....

Tapi kita hari ini tak memerlukan effort itu kan untuk melakukan Hijrah...Hijrah terhadap diri sendiri yang menjadi agenda utama saya sekarang.  

Azam saya menjelang tahun baru Hijrah  ini adalah seperti biasa untuk menjadi orang yang lebih baik dari hari yang lepas.

Azam memang mudah di buat, tapi sukar utk dilaksanakan.  Azam yang dibina tanpa ada effort utk merealisasikan umpama membina sebuah rumah tapi usang....gelap...tak berpenghuni sebab tiada pengisian.
Tak mahu azam yang dibina tahun lepas tinggal azam semata, saya akan pastikan utk menjad ibu kepada anak2 saya dengan lebih baik, , isteri kepada suami tercinta dengan lebih baik, pendidik kepada pelajar dengan lebih baik, anak kepada ibu bapa saya dengan lebih baik, akan saya gandakan effort utk menuju ke arah itu.  Pasti boleh!

Ingin saya ucapkan Selamat Meyambut Awal Muharram.
Hijrah ke arah kebaikan adalah satu jihad kan...
Kita tak mampu berjihad   seperti  para mujahid terdahulu...
Tapi kita mampu untuk berjihad dengan membentuk azam baru untuk melawan hawa nafsu, menjadi insan yang lebih soleh dan solehah....tewaskan syaitan yang direjam dan dekatkan diri kepada Allah S.W.T.  Insyaallah.  Semoga azam ini diredhai dan dilorongkan oleh Allah jalannya dengan mudah.

Hijrahkan sifat dan sikap kita.  Allah sentiasa ada dan tahu. 




No comments:

Post a Comment