Hari ni nak review pulak pasai Spectra Handy punya breastpump.
Actually pump ini dibeli saya sewaktu attend 1 bengkel di Kuala Lumpur selama 4 hari.
Bawak pump actually pada mulanya..... but terlupa plak nak bawa dia punya hold (tempat tekan putih utk Avent Manual).
So, emergency punya solution belilah breastpump yg boleh berfungsi utk pam dan keluarkan susu selama 4 hari di sana...(masa ni tak kesah dah apa brand pun sekai, asal boleh keluarkan susu)
Dia punya tempat pam tu macam axactly pistol air...beli sebab nilah yg paling murah di kedai tersebut. Harga dia RM98. Tiub dia agak panjang dan saya ingat bolehkan mengepam sambil orang lain (Mr Anuar) yang tekan pam tersebut.
Spectra Handy ni kita boleh laraskan kadar dia punya suction. Samada nak kuat (max) atau perlahan (min). Tapi bila saya cuba laraskan kadar suction tu tak ada perbezaan sangat. Pump ni tidaklah terlalu kuat suctionnya. So agak mild and boleh dicuba pada ibu2 yang mula2 nak mengepam susu (waktu bengkak susu lepas bersalin)
So begini keadaanya bila kita mengepam....it's really looks like you shoot...shoot...shoot.. and shoot...macam main tembak2 air plak...Frankly speaking that saya rasa mengepam begini memenatkan tangan...waktu nak tarik pam tu lama2 boleh lengohkan tangan.
OR U ladies out there can try this way too....macam nak bagi anak makan ubat guna picagari.
Dan lagi.....tapi dia punya botol dan corong tu haruslah diletakkan di tempat yang betol nooo...
Panjangkan di punya tiub....
Yes!!!! hasil perahan menggunakan SPECTRA HANDY. Oppsss!!! kurang memberangsangkan. Kalau utk saya, jika saya gunakan My Madela Swing and Avent Manual pastinya hasilnya lebih lumayan. Tapi mungkin lain orang lain resultnya. Apa2 pun saya memberikan pandangan berdasarkan apa yang telah saya lalui iaitu pengalaman saya menggunakan breastpump ini. Tepuk dada tanya selera.
No comments:
Post a Comment