Danial dihantar ke Kem belantara Elit utk program "kem anak soleh dan smart solat'.
Diberi 2 option samada ke kem atau terima hukuman sebab keputusan akhir tahun kurang memberangkan.
Maka dipilih ke Kem.
Kem yang jauhnya berpuluh km daripada Kulim, tapi dia yang beria nak pergi dan ibu rasa lega sebab dia yang pilih dan nampak happy di mukanya.
Danial seorang anak yang baik...mendengar cakap...patuh...dan taat jugalah berbanding dengan anak orang lain yang saya pernah jumpa langsung tak mendengar cakap di kala usia begini. Alhamdulillah, tuhan kurniakan anak yang baik kepada saya.
Tapi dia punyai sikap yang agak strong determination. Sikap yang baik tapi adakalanya sukar utk di adjustkan mengikut kemahuan kita. So... let it be. Dia saya katakan sgt stong determination. Mungkin sikap abahnya diwarisi oleh dia. Berbanding ibu yang sangat fleksibel dan mudah dibawa ketepi dan ketengah. Apapun ibu sentiasa bangga dengan kamu wahai Danial.
Malam semasa berkemas pakaian sempat try jubah pemberian maktok dari Mekah, dan dia nampak alim...suke!
Sepanjang perjalanan yang hanya kami bertiga sebab Waffry tak mau iku ditinggalkan dengan baby dan maid di rumah Maktok Baling. Si baby tua Waffiy kuattttt sgt merajuk. Gambar di atas muncung nya sebab ibu tak high5 dengan dia sebab lupa asyik high5 dengan Danial sbb lagu kegemaran Danial keudara di radi. (Lagu Najwa Latif dan Sleeq)
Wajah ceria si Danial di dalam kereta ke pejabat abah dulu sebelum ke Kem.
Kem belantara Elit di Kuala Nerang. Sebelum ke Kem ke pejabat Mr Anuar sebab dia kerja hari ini. Nasib baik pejabat di Alor Setar. Tak jauh dan tak kalut sgt ke Kuala Nerang.
Danial sempat snapkan beberapa gambar bandaraya Alor Setar. Danial nampak jakun bila tengok Wisma persekutuan, Menara Alor Setar, Masjid....itu menunjukkan bahaw Danial jarang ke Alor Setar walaupun rumah maktok di Changloon shaja. Tak patut ibu dan abah yg jarang exposekan anak di negeri sendiri, pada hal makan angin setiap tahun pasti ke negeri orang.
Setiba di pejabat Mr Anuar, terus abahnya yg serius wat kerja macam tak ada perasaan anak bini kat situ.
Danial dan Waffiy praktis utk jadi boss....ha ha ha
Ya!!!! apa yang saya boleh bantu ' ujar Tuan Danial' Huh!!! itu harapan ibu sayang....
Cantik juga pemandangan wisma Kementerian Dalam Negeri dari bilik Mr Anuar. Sebelah sana juga adalah Wisma Persekutuan Alor Setar.
Mr Anuar memberi laluan anak2 duduk di kerusinya dan dia duduk di sofa tetamu sambil calling sana sini, settle itu ini sebelum berangkat ke Kuala Nerang. Ops! waktu ni tengahari tau...
Ibu yang sentiasa syok, snap gambar sendiri. Biarlah....tak dak orang nak snap gambar saya....Huh! cermin ini bohong! nampak saya sedikit kurus...padahal tak kurus pun....
Simanja kronik ni tak boleh berenggang dengan ibu....kemana sahaja ibu pergi, kesitu dia nak ikut....
Setiba di kem...selepas registration, angkut beg ke dorm. Nampak besemangatkan!
Beg yg tak berat sgt pun sebenarnya....action jer lebih....
Si baby tua ni pasti akan ke kem jua suatu hari nanti...aim saya semua anak akan attending kem bila sampai masanya...bercadang nak hantar Danial ke Kem outbound school pulak next year selama 21 hari. Kem di Lumut ni menurut Mr Anuar yang pernah berkursus di sana sgt bagus utk gain self confidence dan jati diri anak2.
Danial, Adam dan Akif (mereka ni anak kawan saya Kak Asmidar). Akif nampak gagah mulanya, Adam yang penakut, tapi sewaktu saya nak berangkat balik, Akif mula berkaca mata. Maknya dah berangkat awal.
They are friend actually sedikit masa dulu....tapi terpisah bila masuk sekolah rendah dan tadika...now they meet again...and they are still friend....Adam nampak friendly, Danial lambat sikit panasnya.
Balik dari Kem terus ke office Mr Anuar, Ibu sempat pam susu utk Baby Reezky....itu tak boleh tinggalkan....Dimana jua ibu berada, kemana saja ibu pegi, pam akan jadi peneman setia. Sgt sweet sekali bila baby tua di bawah ini yang jinjing beg pam naik lif nak ke offis abahnya.
Si baby tua yg suka sgt posing...
Sebelum bertolak balik, singgah di kedai motor, abah nak ambil motor yg dah sampai utk di bawak pulang....Si kecik tengah berangan nak beli motor ni. Kasi singgit utk bayar motor tu...tapi malu nak pergi bayar...bila balik meroyan sbb abah tak beli motor tu...Hah!!! ingat singgit ke?
Kami balik beriringan, bilamana Mr Anuar ikut dari belakang dengan motor baru...dah malam kan takut la anak bininya jadi apa2...dia memang sgt protective..dari dulu hingga sekarang that thing never change...
No comments:
Post a Comment