WELCOME....WELCOME....HAPPY READING YA...

Sunday, July 29, 2012

Coretan ibu

Kali terakhir post entry adalah pada 9 mac dan bermakna dah almost 5 month dah tak post apa2 entry pun, and it make me question myself sibuk sgt kah? atau dah nak stop writing in blog...I really do think on it, but fikir kan balik, I'm creating my blog just nak make me memorize the journey of mine dalam membesarkan anak2, life as mother and doter, wife to a husband and so many things happened on us (me and my family).  Pernah inform Danial yg suatu hari nanti kalau dia nak tahu how theys grow up, how ibu and abah raise them up...sometime with thousands of difficulties, ibu and abah face it all...just with one click they will get it all here. 
Tahun 2012 adalah tahun rezeki. Rezeki dikurniakan anak baru yang sungguh sweet (biarpun pada orang tak sweet pun) Ibu bangga melahirkan 4 anak yang sungguh hebat.  Walaupun bermacam ragam dan sifat, tapi kamu sumekan human yang memang ada sejuta sifat dan ragam.  Tak sabaq menunggu si kecik baby Reezky dah besar dan boleh main bola dipadang kita yang tak berapa nak siap lagi.....Rezzky dah boleh berlari di pasar raya, Reezky dah boleh tarik rambut ibu dan abgn2 dengan kuat, Reezky dah boleh gelak sampai guling2..bayangkan badan dia yg sgt debab berguling2 di depan rumah...sungguh!! dia adalah candy di rumah yang sentiasa nak dijilat2...

Baby Rezzky yang sungguh montel....disayangi, dimanjai, digilai dan dimimpi2 oleh kita semua....
 Buat Reezky anak ibu yang macam koala bear....kamu sungguh disayangi abang2.  Sentiasa nak dicium sampai lemas.  Tapi bila dah besar jangan bergaduh2 sebab abang2 sangat sayangkan kamu baby.  Abang2 baby pun jarang bergaduh.  Abang Long sangat lembut, penyayang, romantis, taat, mendengar kata, tak pernah ibu cakap 2-3 kali untuk suruh dia buat apa, sekali cakap dia buat....Abang Ngah sangat notti...tapi dia yang paling sayangkan baby...abang Ngah mudah mendengar cakap, tapi sangat manja...mudah dilentur tapi ada acuan sendiri.  Abang Chik agak kasar..tapi dia sunguh lembut...bukan setakat percakapan, tapi juga juga perlakuan..abang Chik yang paling  geramkan baby...Setiap saat gigi terkacip sebab apa?  Sebab geramkan baby....kalau tak boleh dilepaskan pada baby dia akan melompat di atas kalit atau kusyen untuk lepaskan geram...Sungguh Reezky sangat disayangi dan digerami...Apa2pun harapan ibu dan abah terutamanya untuk melihat anak2 ibu membesar dengan harmoni tak pernah terhenti....Abah banyak membentuk peribadi kalian, ibu tetap jadi pemerhati.  Ibu janji pada diri ibu biarpun dugaan itu datang bertali tapi kita tak akan berhenti dan hanya memerhati dan menanti...kita mesti tangani...Semoga Allah lindungi kita, semoga kita di rahmatiNya dan semoga Allah sentiasa menunjukkan jalan yang benar buat ibu dan abah dalam mendidik kamu semua...Insyaaallah.


Waffiy yang berusia 4 tahun ni sungguh comel bila makan donut dan aiskrim....




Sementara itu ibu dah start tanam rumput yang dibeli abah untuk padang kita...nanti hero2 ibu boleh main bola disini...


No comments:

Post a Comment