WELCOME....WELCOME....HAPPY READING YA...

Saturday, February 19, 2011

Happy Birthday Baby...Ops! Adik...he he

Panjang umurnya...panjang umurnya...panjang umurnya selalu....Insyaallah..itulah doa daripada Ibu, Abah dan abang2 baby yg tak pernah putus  untuk Baby...Ops baby lagi..Adik.  Dah kena tukar gelaran dah sebab 3 tahun dah.  Tak tergambar rasanya bila baby dah cecah 3 tahun, ahli keluarga tak bertambah lagi, perut ibu tak buncit lagi, sebab selalunya sebelum mana2 anak ibu cecah 3 tahun mesti bertambah lagi sorang...so far tak gi kot.. ha ha ha..
Inilah dia muka2 baby kita waktu kecik, tak silap dalam 5-6 bulan cam tula....rindukan saat ini, tak meragam sgt, tak pandai minta itu ini, tidur yg panjang, tak noti2..

tengok muka dia cam...eee rindunya

air liur yg meleleh2...coz byk sgt makanan diidam x dapat...

Tapikan...baby saya yg ni sangattttt pandai amik hati saya...setiap hari dia cakap 'ibu tantek'(cantek)...suka la ayat ni!..'mata ibu tantek', 'baby tayang ibu'....huh so sweet...macam gula....and its so adorable to have him in my life....really appreciate pemberian tuhan ini..


Taraaa!!!!!  ni gambar baby dah besor....suke gambaq ni...cam manje je baby kita..

Insyaallah...akan Ibu pastikan baby membesar menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara..chewah!!! ayat!..'ibu tayang(sayang) baby sangaaatttt....Salah satu impian ibu, nak sangat anak ibu yang ini masuk Tahfiz....Insyaallah...doakan yang terbaik...Amin.

Bibik oh bibik...

 Assalamualaikum...Entry baru ni kita nak cakap pasai bibik, coz  dok baca majalah NUR cover pasai maid, hebatkan org yg x dak maid anak berenyut..tabik!....Kami baru perasan yg bibik2 yang pernah bekerja ngan kami ada banyak persamaan....ye tak ye no!!! ....kebetulan..kebetulan
Nama kebetulan berakhir dengan iiiii(eeeee) yakni : Yanti, Riri, Tuti……, pastu semuanya umur lebih kurang jer  24 -26 tahun, pastu semuanya janda (kes yg sama ditinggalkan suami, suami kawin pompuan lain pastu depa dok gersang), pastu masing2 ada seorang anak perempuan…..Ha! it been a while…Tapi yang tak samanya adalah  perangai yg ‘macam-macam’.  Ni pun baru perasan masa dalam keta dok sembang ngan hubby pasai maid member dia yg nak kena hantaq balik ada penyakit TB (hepatitis B).  Tapi sebab bini dia Dr, so nak proceed gak untuk keja ngan diaorang….tak yahlah simpan org berpenyakit, bukan ada pekdahnya pun, berlambak yg sihat…pilih je…Maid kami yg sedia ada nama TUTI…mula sampai BERPANAU satu badan, dok ngan kami x sampai 6 bulan bersih satu badan, cuci muka pakai fair&lovely(mula2 minta Loreal, sapa nak layan), deodorant pakai enchanteur(aku pun tak pakai deodorant), nak losyen, mcm2 lagila.  Sampai nak balik Indon pun kena paksa suruh balik jumpa anak, pastu dah cakap dah tak nak balik lagi Indon lepas ni…(set2 tanggang ni)   Discuss pasai maid ni memang 10 malam pun x habis…tapi yg penting kita kena juga consider yg dia juga manusia, ada masa penat, letih, nak marah, sepi, pilu, rindu, GALAK, mabuk asmara, GERSANG, macam2 lagila….TAPI yg penting kita kena wat dia takut samada kita @ partner kita…Hubby aku selalu kata, dia bukan slave tapi servant…so as a servant she deserve to get as what servant need. We are servant too, so kita tau apa yg kita nak, coz we are human….Ikut hatiku ini takda pun tak pa, tapi hubby cakap dia takkan tolong kerja rumah sebab dia memang MALAS, so dia akan hire maid ni 4 another 5 years more….huh!!!!...camne?  Lu fikirlah sendiri…..ditelan mati mak, diludah mati bapak, tercekik mati aku….tak mau!!!..tahan jerla…

Thursday, February 17, 2011

SUNNAH....SUNNNAH....Senang sebenarnya, tapi...sukar diikut...

 Just wanna share sedikit infor berkenaan Sunnah yang boleh diamalkan setiap hari dan INSYAALLAH…kita akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.


Ketujuh- tujuh sunnah Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu adalah:
1. Tahajjud
Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya, bukan hanya setakat dengar “tahajud cinta” dalam album CT saja…
2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknyamembaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.  Seriously, susah sgt nak amalkan boleh membaca Al-Quran setiap hari, tapi…..kita mesti cuba jadikannya amalan.  Insyaallah…
3. Jangan tinggalkan masjid
Masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.  Selalunya I berkunjung masjid bila raya je…tu pun tak selalu, anak kecik payah sikit..takpun waktu sembahyang raya Uzurr….
4. Jaga solat dhuha
Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.  Seriously, teringin nak buat sebab rasaya pernah buat sekali ja…tu pun masa Arwah Nenek  ku ada…cedihhhh….
5. Jaga sedekah setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah pada setiap hari. Part sedekah ni kita leh wat dgn bermacam cara….not necessary money…takyahla cerita sedekah nanti dikatakan riak plak…yg penting mesti ada at least sedikit BUT de most important thing is be honest wit anything dat U donate or contribute…..
6. Jaga wuduk terus menerus
Allah menyayangi hamba yang berwudu’. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib r.a, “Orang yang selalu berwudu’ senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.  5 waktu solat tu sebenarya dah boleh menjadikan kita sentiasa berada di dalam wuduk, takpun setiap habis mandi x kirala walaupun bukan waktu sembahyang, kita ambik wuduk….
7. Amalkan istighfar setiap saat
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah.  Suka bila pasang lagu Maher Zain anak-anak turut nyanyi   a few baris lagu, yg selalunya adalah “alhamdulilah” “Insyaallah, “Barakallah”….at least….

Ini sekadar peringatan kepada saya actually...but I really wanna share wit all  de reader...semoaga kita boleh keberkatan..Insyaallah...

Wednesday, February 16, 2011

HAPPY BIRTHDAY LALING...

Supposedly ..entry ini dipost on 13th February yang lepas, yakni on my hubby birthday.  A day before Valentine.  But so far NEVER celebrate it.  Please SAY NO TO VALENTINE!!!  Haram…laqho.. 

So! This is my lurvly hubby.  Seriously, I never tot dat we(both of us) gonna reach 34….Uuuuu scary!! Anyway Happy Birthday!!.  Even though on 13th Feb yang lepas U are not around until 3pm coz attending your master project at Taman Negara Penang, it was so sweet when I had planned to surprise U wit lurly cake bought at Honey Bakery.  Actually dah p Secret Recipe, but been informed that  so far there’s no ½ kg cake provided.  So me and my 3ds decide to buy at Honey Bakery. Not bad la.  On your great day ni, just nak hope dat may God always bless our family, full wit prosperous, living peacefully, x mo gado-gado da…I really know dat U love me so much sebab U tak pernah hampakan permintaan I so far…Mestilah! Gaji U mahai pd gaji I….But there’s only few thing I think U better change la…yakni don’t be too:
·        Realistic
·        Perfectionist
·        Optimis
But the rest is OK bangat….and Luv U so much…U such a great gift for us(me and 3ds).


Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidurasul.....

12 Rabiulawal....Hari Isnin...Tahun Gajah, lahirlah putera yang tiada tolong bandingnya di dunia, Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Before sleep, my 3ds selalu suruh saya bacakan cerita nabi, night before 12 Rabiulawal, pinjam I-pad hubby, then google sejarah Maulidurasul, then saya ceritakan perihal sejarah Maulidurasul to them. Danial nampaknya boleh faham, coz tomorrow morning dia akan join perarakan di surau berdekatan. Saya pun turut berarak.... Yes! sepanjang perarakan I feel like wanna cry! Kita kata kita cintakan Rasulullah, tapi layak kita untuk berjumpa dengannya nanti?Sifat kita, saya la especially, kerja buat kita, cara kita, approach kita, perilaku, tuturkata, MasyaAllah, banyak yg saya perlu perbaiki. Bercakap senang, nak melaksanakannya..Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk aku menjadi hamba yang layak untuk bertemuMu, hamba yg berguna bukan sahaja kepada agama, keluarga, bangsa negara...Selesai solat doa yg tak pernah lekang adalah agar Allah kurniakan anak-anak saya sifatnya seperti Rasulullah...Moga-moga doa ini diperkenankan...Insyaallah..Barakallah.

Thursday, February 10, 2011

The beginning in writing....

Ha ha ha...lawak kedengaran kat ofis bila Suzana Muhammad nak create blog Anyway its done... yeaaayyy!!!!!! i already have my own blog. I can write and even post anything yang dirasakan perlu as long as tak menyakitkan hati orang, tak bagi orang tak suka, tak bagi orang terasa, tak bagi orang marah dan macam-macam lagila....bak kata my bestfriend Ayu, blog aku, aku punya pasallah... yg penting i have my own mission in blogging.. Insyaallah.
Actually, just came back from aerobic with my team, huh! exhausted!...buttt...it's really funnn.....mengharap sesangat permulaan untuk berblogging dan untuk menjadi seorang bloger ini berpanjangan.. So many things come to my head suddenly to be writing on, but 4 the commencement steps, enough is enough..Since my 3kids is waiting for me to play with..so bye…See U soon.