WELCOME....WELCOME....HAPPY READING YA...

Friday, April 24, 2015

Note from kids...

Assalamualaikum

Petang ni saya panggil ketiga2 anak lelaki saya keatas bilik tidur mereka dan minta mereka untuk tulis beberapa perkara.
Saja nak mintak feedback jujur drpd mereka mengenai apa yang mereka ingin dan mahu daripada hidup yang nyata sebagai sebuah keluarga. 

Saya sungguh terkesima bila satu soalan yang saya tanya kepada ketiga mereka tentang apa yang membuatkan mereka tidak suka ibu and abah buat.
Ketiga-tiga mereka menulis jawapan  yang hampir sama.  iaitu
"TIDAK SUKA BILA IBU AND ABAH MARAH" dan 1 jawapan dari anak ke 3 adalah "TIDAK SUKA BILA ABAH PERGI KERJA"

Betapa mereka mahukan ibu n abah tidak marah.  Mahukan ibu and abah baik setiap masa.  Perkataan, perbuatan dan segala2nya.  Itu mmg harapan semua anak.  Semoga feedback ini akan buat ibu lebih peka dan concern on all of U.  Semua ibu bapa sayangkan anak2.  Tapi persoalan nya adakah tindakan kita menunjukkan kita sayang mereka.  Ungkapan mudah ditulis dan diungkap, perbuatan adalah sesuatu yang adakalanya tidak seiring.  Erm....

Semoga tuhan sentiasa tunjukkan jalan yang betul untuk mendidik kamu semua.  Amin.

Ibu sayangkan kamu lebih daripada diri ibu sendiri.  Semoga kamu semua membesar menjadi anak2 yang baik dan soleh. 

No comments:

Post a Comment